Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya
seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyenangkan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail AS.
Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada
hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa
Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku
mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”, maka Allah menetapkan dia
bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman
dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti
darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah
selama haidhnya.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta
menjaga sembahyang dan puasanya)
‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia
kehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000
tahun).
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
SWT
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu
yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita
bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu derajat untuknya.
Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang
tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu,
maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan
pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
Wanita yang menunggu suaminya hingga pulang, lalu ia bersihkan
mukanya, lalu dia menyediakan makan minumnya, memandang pada suaminya
dengan mesra, memegang tangannya, lalu menghiasi hidangan makanannya,
memelihara anaknya, memanfaatkan hartanya untuk suaminya mencari
keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah
ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah
kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karunia
rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan
Nabi-nabi.
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta
sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga
suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka
diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya
matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada
perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda
lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab
mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat
orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat.”
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat.”
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian
dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar
dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan memandikan anaknya itu, Allah
akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka
dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya
kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah
akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan
dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat. ‘
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah
ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga
harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri
(pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita
melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu
perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti
misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran
seorang syahid”.
doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali
isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Al Qur’an.
Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta
keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do’a suami yang memakan
masakannya menjadi do’a yang diijabah.
Isteri yang membangunkan suami untuk shalat atau menyuruh shalat berjamaah di masjid pahalanya 27+1
Isteri yang kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur
Seorang ibu yang menyusui setiap tetes susunya senilai 200 8 shalat khusu wal khudu dan doanya di ijabah’ (fadilah wanita)
burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama. Isteri dalam keridhaan suami”,
“bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad”,
“bila seorang wanita hamil shalatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil”,
“bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun shalat nafil dan 70 tahun puasa”
“wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat
1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang
disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat
derajatnya 1000 tingkat”.
“Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut
akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka
malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA WAJIB BAgINYA”.
Apabila sorang wanita kdatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya
apabila ia membaca pd hr pertama “Alhamdulilahi ala kullu halin wa
astagfirullaha min kulli zambi” mk ALLAH akn membebaskannya dr jahanam,
shirat & adzab.
Setiap hari haidnya ALLAH tinggikan dia dng phla 40 org mati syahid apabila ia berdzikir
Rujukan : kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain (BUYATHAILLAH)
0 komentar:
Posting Komentar
WHAT IS YOUR OPINION?