AMALAN AGAR BISA BERMIMPI KETEMU NABI SAW

Shalawat Nur al-Qiyamah

 

Ya Allah Wahai Tuhan kami
Sholawat ke atas penghulu kami Muhammad dilimpahi
Baginda lautan segala nur yang Engkau miliki
Sumber segala asrarMu diperolehi
Lisan penegak hujjah kebenaran Ilahi
Dalam kerajaanMu baginda disanjung bak mempelai
Imam segala makhluk di hadhrat Ilahi
Hiasan kerajaanMu yang tiada terperi
Gudang rahmatMu yang tiada dibatasi
Jalan syariatMu yang menunjuki
Dalam mentawhidMu kelazatan baginda kecapi
Punca dan sebab wujud segala ciptaan Ilahi
Makhluk paling terpilih antara segala pilihan Ilahi
Ciptaan terawal daripada sinar cemerlang nur milik Ilahi
Shalawat yang kekal abadi dengan berkekalannya Zat Ilahi
Shalawat tiada diketahui kesudahannya selain ilmu Rabbi
Shalawat yang Engkau redhai
Shalawat yang diredhai Junjungan Nabi
Shalawat yang dengannya kami diredhai
Ya Rabbal `Aalamiin, Wahai Tuhan kami.

Shalawat ini terkenal dengan nama "Nurul Qiyamah" dan banyak dinukilkan oleh para ulama kita yang mulia dalam karya-karya mereka. Di antaranya al-`Alim al-`Allaamah Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rahimahullah dalam "Afdhalus Shalawat `ala Sayyidis Saadaat", shalawat ke-27 pada halaman 78. Dinukilkan bahawa Sayyidi Ahmad ash-Shawi rahimahullah dan selain beliau menyatakan bahawa shalawat ini dinamakan dengan "Nur al-Qiyamah" kerana pembacanya akan memperolehi nur yang banyak pada hari kiamat nanti. Menurut sebahagian wali-wali besar shalawat ini diumpamakan dengan 14,000 shalawat.

Dalam shalawat ini juga Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dirujuk sebagai ".. al-mutaqaddim min nuri dhiya-ik".... yakni makhluk yang paling awal diciptakan daripada sinar cemerlang nur yang dimiliki oleh Allah ta`ala, iaitu merujuk kepada awwaliyyah Nur Muhammad yang diterima oleh ramai para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah sebagai makhluk yang paling awal dijadikan Allah ta`ala mengikut tafsiran yang tidak bercanggah dengan aqidah dan syariah. Dan menarik juga untuk dinukilkan di sini bahawa Ra-isul Muhadditsin al-'Alim al-'Allaamah Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi `alaihi rahmatul Bari dalam "Fadhilat Shalawat" karangan beliau yang telah diterjemahkan turut memuatkan shalawat ini. Pada halaman 79 beliau menyatakan bahawa Syaikh Abdul Haq (seorang muhaddith dari Delhi) menulis dalam kitabnya "Targhib Ahli Sadat" menulis bahawa jika seseorang membaca shalawat ini (yakni Shalawat Nurul Qiyamah) 70 kali ketika hendak tidur, dia akan dapat melihat Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam dalam mimpinya.

Buku terjemahan "Fadhilat Shalawat" bagi Mawlana Zakaria ini ese nampak udah dicetak dengan cetakan baru yang cantik dan kemas oleh pihak Inteampublishing dengan jodol "Kelebihan Selawat". Eloklah kome dapatkan sebelum habis stok, banyak manfaatnya untuk menambahkan lagi gemar kita bershalawat ke atas Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

TAMBAHAN : Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :




Telah dikatakan oleh Asy-Syaikh Ahrnad As-Sowi dan [juga oleh para masyaikh] selain beliau, bahwa solawat ini telah ditemui di atas sebuah batu [telah ditulis] dengan tulisan Al-Qudrah, dan ia adalah Solawat Nur Al-Qiyamah.

la telah diberikan nama yang demikian karana banyaknya cahaya yang akan diberikan pada hari itu (Hari Kiamat) kepada orang yang pernah membacanya. Dan di dalam komentar daripada wali-wali besar yang lain bahwa ia (pahalanya) adalah menyamai empat belas ribu solawat.



(Sumber : kitab Afdholu Sholawat 'ala sayyida shadat karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Isma’il An-Nabhani)
 
SUMBER :    DUA DUNIA
Share on Google Plus

About Rizal Palangiran

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 komentar:

  1. Assalamu 'alaikum wr wb

    Jazakallohu khairan katsiran akhi infonya, namun tulisan arabnya akhi kurang komplit terlihat di blog ini, bisa akhi kami minta salinan sholawat tersebut via email bs dikrm ke ana ; chairullah.chairul@yahoo.co.id.

    Jazakallohu khairan katsiran.

    BalasHapus

WHAT IS YOUR OPINION?