Hubungan erat Habaib Yaman dengan para Maulana India.

Habib Umar Ben Hafidz berguru kepada Sayyid Muhammad Alawi al-Makki yang berguru pada ulama-ulama India yang setelah kembali ke Makkah, mengisahkan segala pengalaman di India dan ketertarikan pada sistem pelajaran ilmu hadith di Madrasah Darul-Ulum Deoband pada ayahanda beliau.

Syekh Muhammad Alawi memohon izin  pada Sayyid Alawi untuk berangkat ke India sekali lagi.

Sayyid Alawi memahami hasrat putranya yang berkobar-kobar, maka beliau mengizinkannya.

Di Madraasah Darul Ulum Deoband,  beliau dlmengikuti “Daurah” khusus ilmu hadits, mengkhatamkan “Al-Kutubus-Sitt” (Kitab hadits yang enam itu, iaitu Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah) dalam masa 5 bulan saja. (wali sob, jangan pakai standard kita ;)

Selama di India, Abuya berguru pada Syeikh Muhammad Zakaria Al Kandahlawi, pengarang Syarah Muwaththa’, Syeikh Fakhruddin Ahmad Syaikhul-Hadith di Darul-Ulum Deoband, Syeikh Habiburrahman Al A’zhami, Syeikh Abul Wafa al Afghani, Syeikh Muhammad Yusuf Al Kandahlawi, pengarang kitab Hayatus-Sahabah, Syeikh Muhammad Idris Al Kandahlawi, Syeikh Zhafar Ahmad Al Utsmani, Syeikh In’amul Hasan dan Syeikh Mufti Musthafa Bin Imam Ahmad Ridha Khan dan lain-lainnya.

Selain India beliau juga pergi ke Pakistan dan  berguru kepada Mufti Pakistan Syeikh Muhammad Syafi’ dan Syeikh Muhammad Yusuf al-Binnuri dan lain-lain.

(diambil dari kitab,  “Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Rahimahullahu Ta’ala – Sejarah Hidup dan Dasar-dasar Pemikirannya”, oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi Al Maliki (Ahmad Fahmi bin Zamzam), Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah, ISBN 983-2052-47-5, m/s 28 & 29]

Hubungan rapat Nizamuddin dan Hadramaut dimulai sejak zaman Maulana Yusuf. Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz , ayahanda Habib Umar sangat terlibat dalam menulis judul dan mengatur bab dalam kitab Hayatus Sahabah bersama Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. (Manuskripnya masih disimpan hingga saat ini).

Beliau tinggal di Markaz Nizamuddin, India selama 7 bulan, dan turut berjaulah hingga Pakistan dan Bangladesh. Surat-surat antara Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dan Maulana Muhammad Yusuf masih tersimpan di India.

Habib Muhammad bin Salim merupakan penggerak pertama usaha tabligh di Yaman. Beliau syahid di tangan komunis (Soviet?)

Ketika itu, Habib Umar masih berumur 10 tahunan.

credit: Khairy Tajudin
gambar Ayahanda Habib Umar ben Hafidz

Sumber asli :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=222731868193597&id=100013703562104
Share on Google Plus

About Rizal Palangiran

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Posting Komentar

WHAT IS YOUR OPINION?