KARQOZARI AWAL HIDUPNYA USAHA DAKWAH DI MALAYSIA


Jemaah terawal yang dihantar oleh Markaz Tabligh sedunia di Nizamuddin, India ke Asia Tenggara ialah pada tahun 1952.

Ianya zaman ketika Maulana Yusof menjadi amir (Hadratji) Jemaah Tabligh. Ini terhasil dengan kedatangan Jemaah India ke Malaya dan Indonesia waktu itu.

Tokoh yang memperkenalkan gerakan ini ialah Maulana Abdul Malik Madani, yang datang ke Singapura dan Selangor sekitar tahun 1952 sebagai utusan dari markas di Nizamudin.

Dari Singapura, beliau singgah di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan berangkat ke Ipoh dan Pulau Pinang lalu kembali semula ke Kuala Lumpur dan terus pulang ke India melalui Singapura.

Sepanjang tahun 1950-1960 kegiatan Jamaah Tabligh ini tertumpu kepada kaum India Muslim sahaja.

Namun begitu mulai tahun 1970-an bermulalah tahap yang kedua dalam sejarah Jamaah Tabligh di Malaysia iaitu apabila kegiatannya turut melibatkan orang-orang Melayu .

Sekitar awal 80an begitu ramai pelajar dan anak muda yang terlibat dengan usaha ini yang mana dari merekalah usaha yang mulia ini sampai kepada masyarakat Melayu.

Markas dari Mesjid India berpindah ke Kampung Sheikh Muhammad dan kemudian ke Mesjid Sri Petaling.

Jor pertama diadakan di Kg. Baru dengan kehadiran 25 orang.

Pada tahun 1982 satu ijtimak peringkat Kebangsaan yang dihadiri oleh Hadrat Ji berlangsung di Buluh Gading, Terengganu dengan kehadiran 100,000 hadirin.

Selepas Ijtimak pertama kehadiran Hadratji Maulana In’amul Hassan rah pada tahun 1982 itu, usaha semakin pesat berkembang sehinggalah ke hari ini.

sumber : http://www.tranungkite.net
Share on Google Plus

About Rizal Palangiran

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Posting Komentar

WHAT IS YOUR OPINION?