KALKUZARI OLEH MAULANA IBRAHIM SAHEB
Pada tahun 1972 kami telah dihantar ke Indonesia dengan jemaah Arab. Hadrat Ji juga ada bersama dalam jemaah kami.
Kami pergi ke Indonesia melalui Pulau Pinang ikut jalan laut. Semasa
bertolak dari Pulau Pinang ke Medan Indonesia, Maulana Omar Palam Puri
rah.a telah berbisik di telinga saya bila kita sampai di sana, kita
kenalah gali perigi sendiri untuk minum.
Kerana di Medan tidak ada apa-apa kerja dan semua kerja, kita sendiri
kena buat. Tidak ada sesiapa pun tahu tentang kerja ini dan tidak ada
sesiapa yang akan bantu kita untuk buat usaha ini.
Hampir 2 cillah ( 80 hari ) kami ada di sana dan 200 orang bagi masa
bersama-sama dengan kami. Markaz di Medan telah bermula sejak waktu itu
(1972).
Ulamak telah faham kerja ini dan kami tasykil mereka untuk 4 bulan di
India dan mereka menangis kerana mereka tidak ada harta sebegitu banyak.
Kami telah kumpulkan mereka dan cerita pada mereka bagaimana Maulana
Ilyas rah.a mula buat kerja di Mewat India dan untuk faham kerja ini
tuan-tuan kena datang ke India.
Mereka menangis lagi kerana mereka tak mampu untuk buat demikian, kemudian kami terangkan bagaimana untuk buat kerja tempatan.
Kami terangkan pada mereka macamana untuk buat taklim dan gash.
Hanya dua perkara saja kami terangkan pada mereka kerana kerja dalam
peringkat awal lagi. Alhamdulillah mereka telah mulakan kerja di satu
tempat iaitu di tempat di mana kami mulakan kerja.
Bila program kami telah sempurna di beberapa tempat di Indonesia, orang-orang tempatan dari Medan telah datang pada kami.
Mereka kata “tuan-tuan telah mulakan kerja di tempat kami maka akhir pun
tuan kena datang sekali lagi ke masjid kami”. Kami terima jemputan
mereka dan kami telah pergi ke tempat itu. Kami pun memberitahu bahwa
lepas Maghrib ada Bayan dan untuk itu lepas solat Asar kita akan buat
Gash @Jaulah.
Betapa hairannya kami apabila orang tempatan kata, “ tak perlu buat Gash”.
Kami bertanya “kenapa tidak perlu buat Gash?”
Mereka jawab “Kerana sejak tuan buat usaha di sini dulu, taklim telah
pun hidup tiap-tiap hari. Gash pun kami telah buat dan Alhamdulillah
tidak ada seorang pun dalam kariah ini tidak datang solat di masjid”.
Mereka telah buat usaha sehingga 100 peratus orang Islam jadi orang yang solat.
Mereka bagi tahu pada orang ramai , “ tuan-tuan mahu buat dakwah ke!
Tak mahu buat dakwah ke! Tak apa!, tapi semua orang kena datang solat ”
Apa yang saya beritahu pada tuan-tuan ialah peristiwa yang berlaku pada
tahun 1972 semasa saya bersafar bersama dengan Hadraji rah.a.
Pada tahun 1992 saya telah pergi ke Indonesia sekali lagi. Masa itu ada
ijtimak di Jakarta. mereka telah hantar surat ke Nizamuddin dan letak
takaza.
Hadraji rah.a telah hantar jemaah dan saya juga ikut ke sana untuk menghadiri ijtimak Indonesia.
Di airport, Ahli Syura Indonesia telah datang menyambut kami. Dengan
penuh semangat mereka memberitahu kami, insyaallah ijtimak akan bermula
esok dan mereka telah buat azam untuk keluarkan 1,000 jemaah di Jalan
Allah s.w.t
Ijtimak telah sempurna dan saya telah bermusafar dengan 750 jemaah yang
keluar. Masa ijtimak, 750 jemaah telah keluar khuruj dan sebelum
istimak mereka telah keluarkan sebanyak 250 jemaah jadi semua sekali
1,000 jemaah.
Ini semua berlaku dalm tempoh 20 tahun; di mana 20 tahun sebelum itu tiada siapa pun tahu usaha yang suci murni ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)
0 komentar:
Posting Komentar
WHAT IS YOUR OPINION?