Pada tahun 1972, Maulana In’amul Hassan rah.a (Hadratji), Maulana Omar
rah.a, Maulana Harun rah.a ,Maulana Munsyi Basyir rah.a dan beberapa
orang lagi termasuklah saya ( Maulana Ibrahim) telah sampai di bumi
Thailand.
Kami sampai di Thailand iaitu Bangkok dan kami tinggal di sana selama 5
hari tapi tak ada apa-apa kerja di sana. Langsung tak ada kerja di
sana. Hadraji rah.a dan Maulana Omar rah.a keluar buat gash tapi saya
dan Munsyi Basyir tinggal di masjid.
Hadraji rah.a telah bercakap dengan Al-Marhum Yusof Khan sepertimana
kita selalu cakap bahawa ini usaha agama dan kita kena buat usaha ini
dan sebagainya.
Maka Al-Marhum Yusof Khan telah mulakan kerja.
28 tahun telah berlalu.......
Kini usaha telah maju sehingga lebih daripada 1,000 jemaah telah keluar 4 bulan.
Orang Thailand buat kerja dengan mengikut usul dan tidak ada pergaduhan berlaku di antara mereka.
Apabila ada apa-apa masalah Al-Marhum Yusof Khan akan datang ke India
jumpa Hadratji rah.a. Beliau bertanya kepada Hadratji macamana nak buat
itu dan ini maka Hadratji akan beri panduan usaha.
Al Marhum Yusof Khan balik ke Thailand terus buat arahan dengan ta’at dan Allah menyelesaikan masalah-masalah.
Kemajuan agama dan usaha di Thailand amatlah mengkagumkan dan sukar dicatit satu persatu.
Ribuan jemaah biasa dan jemaah berjalan kaki telah keluar dan sedang bergerak di seluruh Thailand.
Di saat yang sama ribuan Hafiz telah dilahirkan dan ribuan lagi sedang tekun menghafal kalam Allah.
Semoga bumi Siam akan menjadi negara Islam satu masa nanti.
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
0 komentar:
Posting Komentar
WHAT IS YOUR OPINION?