Kepulauan Banggai |
Teringat penulis kata-kata Al Marhum Maulana Umar Palampuri
rah di dalam salah satu bayan beliau. Katanya jika amalan dakwah ilallah
ditinggalkan sekurang-kurangnya empat perkara akan berlaku :-
1
: Akan
terjadi kelemahan iman dan kesesatan dikalangan umat Islam.
2
: Akan berlaku
pelanggaran syariat oleh umat Islam.
3
: Akan
terjadinya kemurtadan di dalam masyarakat Islam.
4
: Gulongan
Kafir akan membenci, memerangi dan menguasai umat Islam.
Sebaliknya jika Dakwah
ilallah dilaksanakan oleh umat Islam sekurang-kurangnya empat perkara juga akan
berlaku :-
1
: Iman umat
Islam akan dapat diislahkan dan menjadi bertambah kuat.
2
: Syariat
Islam akan dapat disempurnakan oleh umat Islam.
3
:
Gulongan kafir akan menyukai Islam
dan datang kepada Islam.
4
: Islam akan
menguasai orang-orang kafir dan negara kafir.
Sesetengah ulama mengatakan dakwah ilallah terhenti hanya
sekali sahaja di zaman Rasulullah saw dan sahabat. Iaitu semasa kewafatan
Rasulullah saw. Rasulullah saw wafat pada hari Isnin menjelang tengahari dan
dikebumikan pada hari Selasa Malam Rabu.
Diriwayatkan dari Imam Muhammad bin Baqir rah bahawa
Rasulullah saw wafat pada hari Isnin . Jenazahnya diuruskan pada hari itu dan
hari selasa . Baginda disemadikan pada hari Selasa malam Rabu. Sufyan perawi
hadis ini berkata,”Cuma ini yang disebutkan di dalam riwayat Imam Baqir rah”. Riwayat
yang lain menyebutkan kedengaran bunyi penyuduk dan cangkul sehingga ke lewat
malam.(Syamail Tarmizi)
Hanya sekitar satu hari setengah sahaja sebelum perlantikan
Abu Bakar ra sebagai khalifah, pada ketika ini dakwah ilallah terhenti maka berlakulah
empat perkara dibawah :-
1
: Timbulnya
nabi palsu Musailamah Al-Kazzab serta seorang nabi perempuan.
2
: Berlakunya
perlanggaran syariah iaitu gulongan yang tidak mahu membayar zakat.
3
: Berlaku
kemurtadan dikalangan orang Islam yang lemah imannya.
4 :
Orang-orang kafir cuba memerangi orang-orang Islam.
Pengalaman Penulis
Ketika Khuruj Di Sulawesi Tengah :
Pada November dan Disember 2012 yang lalu rombongan jemaah
kami telah diputuskan untuk khuruj di Kepulauan
Banggai, Sulawesi Tengah, Indonesia
atau Bangkep (Banggai Kepulauan). Kami terdiri hanya enam orang sahaja
dan
semua kami dari satu halqah iaitu Halqah Senawang, Negeri Sembilan.
Jemaah kami
adalah Jemaah Malaysia yang pertama sampai dan kami berusaha sekitar
Pulau Banggai, Pulau Salakan dan juga Pulau Bangkurung. Alhamdulillah
kami berhasil mengeluarkan empat jemaah.Tiga jemaah ke Ternate, Maluku
dan satu jemaah ke Jakarta. Selain itu tiga Jemaah Masturat juga dapat
dikeluarkan. Satu di Pulau Banggai, satu di Pulau Bangkurung dan satu
lagi di
Luwuk juga di kenali sebagai Banggai Darat.
Empat perkara yang disebutkan oleh Al-Marhum Maulana Umar
Palampuri rah itu benar-benar berlaku di kepulauan tersebut.
1
: Timbul empat orang mengaku nabi palsu. Yang
paling berpengaruh bernama Ali Thaita.
2
:
Perlanggaran syariah solat dan amalan masjid kosong.
3
:
Kedatangan Missioneri Kristian dari Amerika dan Korea untuk memurtadkan
orang-orang Islam.
4
:
Golongan Kristian memerangi orang-orang Islam seperti di Palu, Sulawesi
Utara dan lain-lain.
Bila dakwah ilallah tidak dilaksanakan maka memang benar
akan timbul nabi palsu. Ali Thaita salah seorang paling berpengaruh sehingga
ramai yang datang menjadi pengikut beliau. Syahadat juga berubah dengan mengantikan
“Muhammad Rasulullah “dengan kalimah “Ali
Thaita Imamullah”. Cerita dari beberapa orang teman yang pernah menjadi pengikut
beliau mengatakan bahawa Ali Thaita ini hebat orangnya dan mempunyai siher yang
dasyat. Beliau pernah berjalan di atas air sedangkan penduduk tempatan mengunakan
perahu dan kapal. Pernah katika ketiadaan air yang biasanya berlaku di
sesetengah pulau, beliau mencucukkan jari beliau ke batu lansung keluar air
yang mecurah-curah. Selain itu kata mereka beliau berupaya mengubat berbagai
penyakit serta pandai meramal masa depan sesaorang.
Kehebatan ini mempengaruhi orang awam menjadi pengikut beliau,
malah ada juga yang dari Majlis Agama terpengaruh dengan beliau. Namun begitu
apabila usaha dakwah dijalankan oleh teman-teman kita di sana akhirnya pengaruh
beliau lansung hilang yang tinggal hanyalah beberapa kerat sahaja. Juga
dikatakan Ali Thaita ini meninggal dunia asbab dari dakwah salah seorang karkun
di sana. Dikatakan Ali Thaita ini paling takut berjumpa dengan karkun. Jika ada
karkun yang datang menemui beliau, beliau akan gemetar menggigil.
Satu ketika
beliau mendatangi ke Pulau Banggai untuk menemui pengikut beliau, pada waktu itu
datang salah seorang karkun lalu mendakwahkan Ali Thaita dengan kalimah lailaha
illallah serta mengatakan beliau bukan nabi tetapi sebaliknya penyesat. Ali
Thaita lansung mengigil dan jatuh rebah. Beliau di angkat oleh pengikutnya
dan akhirnya jatuh sakit sehingga membawa kepada kematian beliau. Beberapa
bulan sebelum meninggal beliau nazak yang teramat sehingga ribuan lalat-lalat
masuk ke mulut beliau yang ternganga. Usaha memasang Gasline agar lalat tidak
datang tidak berjaya. Kesudahannya beliau meninggal dunia dengan lidah terjulur
keluar memanjang.
Pada awal tahun 2000an pulau itu didatangi dengan sekumpulan
Missioneri Kristian yang cuba memurtadkan orang-orang Islam di pulau tersebut dengan
memberi berbagai bantuan. Beberapa minggu berada di pulau tersebut, hampir-hampir
mereka berjaya memurtadkan orang-orang Islam. Namun beberapa orang yang masih
sedar maksud kedatangan Missioneri Kristian ini mengumpulkan semua pendakwah
Kristian di satu gudang dengan alasan perjumpaan. Bila semua terkumpul, pintu
gudang di kunci dan minyak petrol dicurahkan.Mereka digertak jika tidak mahu keluar
dari pulau tersebut gudang tersebut akan diletupkan. Akhirnya mereka akur dan
keluar dari pulau berkenaan.
Sekitar tahun 2000, pulau itu dilanda gerak gempa 6.5 skala
richter yang menghancurkan keseluruhan rumah dan banggunan di pulau tersebut. Semuanya
hancur , yang tinggal hanya satu masjid sahaja yang tidak roboh. Bila kami tanya,
“Masjid yang mana yang tidak roboh?” Kata mereka,”Masjid inilah.” Iaitu markaz
Tabligh di pulau berkenaan. Selepas berlaku gerakgempa tersebut, satu rombongan
jemaah dari Jakarta telah datang dan berjaya mengeluarkan ramai karkun di sana
untuk khuruj 4 bulan dan 40 hari di
Jakarta.
Kini Alhamdulillah pulau ini dan beberapa pulau berdekatan
mula kembali menjalankan 5 amalan masjid dan kebanyakkan masjid mula dipenuhi
dengan solat berjemaah 5 waktu. Sebelum solat akan kedengaran selawat dan
tahrim dari seluruh masjid di kepulauan tersebut. Semoga usaha agama akan terus berkembang di kepulauan itu. Insyaallah
0 komentar:
Posting Komentar
WHAT IS YOUR OPINION?