Maulana Yusuf Kandahlawi rah.a. |
Di zaman
Khalifah Al-Walid bin
Abdul Malik Al-Umawi,
iaitu di akhir
abad pertama Hijrah, Muhammad
bin Qasim Ast-Staqafi
telah dapat membuka wilayah Sind
di Barat Laut
India. Sejak saat
itu wilayah Sind
telah rasmi menjadi daerah
kekuasaan pemerintahan Islam yang berpusat di Damascus dan begitu pula ketika
pusat pemerintahan Islam berpindah dari Damascus ke Baghdad di
Iraq semasa pemerintahan
Bani Abbas. Dalam
masa yang berkurun-kurun ini
banyak ulama' dan
tokoh-tokoh agama yang
datang ke tanah India terutama
dari keturunan Ali
bin Abi Thalib
yang lebih dikenali dengan panggilan
Alawiyyin, kerana mereka
lari dari kekejaman
Bani Umaiyyah dan Bani Abbad yang sentiasa dendam terhadap mereka.
Para ulama' ini datang ke tanah
India membawa ilmu pengetahuan dan ajaranagama. Di antara mereka yang terkenal
ialah Syekh Israil bin Musa al-Bashri yang berasal dari Kota Basrah (Iraq) dan
Syekh Mansur bin Hatim An-Nadwi, seorang ahli ilmu nahu (ilmu tata bahasa
Arab), Syekh Ibrahim bin Ahmad Ad- Dibuli,
Syekh Ahmad bin
Abdullah Ad-Dibuli, Syekh
Abul Abbas Ahmad
bin Muhammad Al-Mashur dan lain-lain lagi.
Ketika Sultan Mahmud Al-Ghaznawi
datang memasuki India pada akhir abad keempat Hijrah, banyak pula ulama' yang
datang mengiringinya. Kebanyakan dari mereka itu datang dari daerah Khurasan
dan Iran Utara. Mereka datang ke India untuk menyebar-luaskan ilmu pengetahuan
dan berdakwah kepada jalan Allah. Tetapi mereka telah membawa pola pemikiran
baru dan corak ilmu pengetahuan yang tersendiri. Mereka sangat fanatic dengan
Mazhab Hanafi yang mereka anuti. Mereka sibuk
dan lebih banyak mementingkan masalah- masalah kilafiyah dan falsafah Yunani
yang telah usang itu daripada kembali kepada Al-Qur'an dan Hadis.
Dari itu lahirlah generasi
penerus yang mewarisi ilmu mereka. Terlalu sedikit yang mempelajari ilmu hadia
dan Tafsir. Sekiranya ada di antara mereka yang telah membaca kitab hadis
"Masyraiqul-anwar" karangan Imam Ash-Shaghani atau kitab
"Masgabihus
Sunnah" karangan Imam
Muhyis-Sunnah Husen al Farra, ia sudah merasa ilmu hadisnya sudah
mendalam. Dan sekiranya ada di antara mereka yang sudah membaca kitab
"Misykatul-Mashabiih", dia merasa sudah sampai ke martabat ahli
hadis.
Pengetahuan hadis masih terasa
dangkal di kalangan ulama' India, sehingga ke akhir abad yang kesepuluh Hijrah.
Pada akhir abad ini, datanglah beberapa ulama' hadis ke Tanah India seperti
Syekh Abdul Mu'thi Al-Makki (wafat tahun 999H)
yang datang dari
tanah suci Mekkah,
Syekh Syihabuddin Ahmad
Al- Mishri (wafat tahun 992H) dari Mesir dan Syekh Muhammad bin Ahmad
Al- Faakihani (wafat tahun
992H). Mereka datang
ke Tanah India
untuk menyebar-luaskan ilmu Hadis
dan mengajarkannya kepada
ulama'-ulama' India pada ketika itu.
Dari apa
yang ditanamkan oleh
para ulama' yang
kita sebutkan di
atas, lahirlah generasi yang
bersemangat untuk memperdalami
ilmu hadis dari bangsa
India sendiri. Mereka
sudah mulai menggemari
ilmu hadis dan merasakan kelazatannya. Banyak di antara
mereka yang pergi ke Tanah Suci Mekkah
untuk belajar ilmu
hadis dari ulama'-ulama'
besar, ahli hadis
yang mengajar di sana.
Di antara ulama' India yang
terkenal dalam ilmu hadis pada waktu itu ialah Syekh Abdullah
bin Sa'dullah As-Sindi,
Syekh Rahmatullah As-Sindi,
Syekh Yaqub Al-Kasynuru (wafat
tahun 1003H), Syekh
Abdullah Syamsuddin Al- Sultanpuri dan
Syekh Muhammad Tahir
Al-Fatani Al-Ghujerati yang
mengarang kitab "Majma'ul Biharil
Anwar, Fi Gaharaibit
Tanzili Wa Lathaifil Akhbar", sebuah
kitab yang sangat
penting dalam ilmu
hadis kerana ia memuatkan
perbahasan yang menerangkan kalimat-kalimat sulit yang sering ditemui dalam
kitab-kitab hadis.
Setelah itu lahirlah Syekh
Abdul-Haq Bin Saifuddin Ad-Dahlawi (958 - 1052H). Beliau sangat
gigih berusaha meluaskan
penyebaran ilmu hadis
di tanah India. Beliau
telah menulis dua
kitab hadis yang
merupakan keterangan kepada kitab
Misykatul-Mashabih. Kitab pertama
dalam Bahasa Persia dinamakan "Asyi'atul
Lama'at" dan yang kedua dalam Bahasa Arab berjudul "Lama'atut
Tanqih". Setelah beliau wafat , tugas ini diteruskan oleh anaknya yang
bernama Syekh Nurul Haq Ad0Dahlawi (wafat tahun 1075H), pengarang kitab
"Taisirul Qari Syarhil Bukhari" dalam Bahasa Persia, bahasa umat
Islam India ketika itu.
Setelah itu datanglah satu babak
baru yang dipimpin oleh Imam Ahmad Bin Abdur-Rahim, yang lebih terkenal dengan
sebutan Syah Walyullah Ad-Dahlawi (wafat
tahun 1176H). Beliau
merupakan pangkal keberhasilan
ulama' India merebut martabat
yang tinggi dalam ilmu hadis dari abad ketiga belas yang lalu sehingga kini.
Pada mulanya,
Imam Waliyullah Ad-Dahlawi
telah berguru dengan
ayahnya sendiri, Syekh Abdur-Rahim
Ad-Dahlawi. Kemudian beliau
meneruskan pelajarannya ke Tanah Suci Mekkah dan Madinah. Di Madinah
beliau telah berguru dengan seorang ahli hadis yang berasal dari bangsa Kurdi
bernama Syekh Abu Tahir Al-Kurdi. Ad-Dahlawi begitu terpengaruh dengan gurunya
itu dan hatinya terdorong
untuk terus duduk
di dalam halaqahnya (majlis ta'limnya) selama beliau
berada di Madinah. Apabila pulang ke India, beliau terus menyebarkan ilmu hadis
yang telah diterima dari gurunya tadi. Dahlawi juga mempunyai kecerdasan yang luarbiasa sehingga
beliau dapa mengembangkan bakatnya yang
telah ada. Banyak
rahsia ilmu hadis
yang dapat dikeluarkannya. Beliau
adalah pembuka babak baru dalam
lembaran sejarah ilmu hadis di India.
Tiga puluh tahun lamanya Dahlawi
mengajar hadis di Madrasah Darul Uluum Delhi.
Banyak ulama' hadis
yang dapat dilahirkannya
dan banyak pula
di antara mereka yang mengarang kitab-kitab hadis yang penting dan
menjadi bahan rujukan para pengkaji dalam bab ini.
Syah Abdul Aziz Bin Syah
Waliyullah Ad-Dahlawi adalah pewaris ilmu dan bakat ayahnya. Beliau
bersama tiga orang
saudaranya yang lain
iaitu Syah Abdul Qadir, Syah Rafi'uddin dan Syah Abdul
Ghani telah dapat memenuhi cita-cita ayahnya. Mereka adalah empat orang
bersaudara yang tidak dapat dilupakan peranannya dalam sejarah ilmu Hadis di
tanah India.
Generasi ini
kemudian disambung oleh
Jamaah Muhaddissin yang
diketuai oleh Syekh Muhammad
Ishaq Ad-Dahlawi, cucu
Syah Abdul Aziz
Ad-Dahlawi bersama dengan Syekh
Abdul Hayy bin
Hibatullah Al-Burhanuwi, Syekh
Abu Said Ad-Dahlawi dan Syekh Abdul Haq Bin Fadhullah Al-Ustmani
Setelah itu datanglah generasi
baru yang dipimpin oleh Syekh Abdul Ghani bin Syekh Abu
Said Ad-Dahlawi (wafat
tahun 1292H), pengarang
kitab "Injahul Hajah Fi
Syarhi Sunani Ibni Majah". Syekh Abdul Ghani merupakan Khalifah dan
pewaris ilmu dari Syekh Muhammad Ishaq Ad-Dahlawi.
Syekh WIlayat
Ali Al-Azhimabadi juga
termasuk ulama' ahli
Hadis yang masyhur pada waktu
itu. Di samping sebagai seorang Muhaddith, beliau juga salah seorang pemimpin
tentera Mujahiddin yang menyertai perjuangan Imam Ahmad bin Irfan Asy-Syahid.
Banyak orang datang berguru dengannya. Mereka sangat kagum dengan peribadi
beliau yang dapat menemukan antara kepahlawanan dan keilmuan yang mendalam.
Setelah itu
datang period baru
yang lebih banyak
lagi melahirkan ulama'-ulama'
ahli ilmu Hadis.
Pada period ini,
pusat pengajian Ilmu
Hadis bukan hanya di kota Delhi sahaja, tetapi sudah tersebar di
kota-kota lain.
Di Delhi, ulama' ahli Hadis
berguru dengan Syekh Sayyid Nadzir Hussen Ad-Dahlawi (wafat tahun 1320H).
Beliau telah mengajar ilmu Hadis selama 50 tahun sehingga dapat berguru dengan
beliau seorang datuk dan cucunya. Kitatidak dapat mengira berapakah jumlah
murid-muridnya. Pendek kata, di setiap kampung terdapat orang yang pernah
berguru dengan beliau.
Di Gangguh,
ahli Hadis berguru
dengan Syekh Rasyid
Ahmad Al-Ghanghuh (wafat tahun 1323H). Beliau adalah murid
terbesar dari Syekh Abdul Ghani Ad-Dahlawi. Beliau mengajar selama 30 tahun di
pondok yang beliau dirikan di kampung
Gangguh yang jauh
di pedalaman itu.
Meskipun demikian, para penuntut
tetap datang ke
sana untuk mengambil
ilmunya. Syekh Rasyid Ahmad
Al-Gangguhi biasanya mengajar
semua Kutubus-Sittah (enam
buah
kitab Hadis yang masyhur itu) dan
menamatkannya dalam satu tahun. Kitab karangan
beliau yang terkenal
ialah "Al-Kaukabud Durri
Ala Jami'it Tirmizi" dalam dua jilid besar dan kitab
"Al-Kawakibud dari Alal Bukhari". Kedua kitab tersebut adalah
kumpulan dari keterangan
yang beliau berikan
ketika mengajar kitab Hadis
Tirmizi dan kitab
Shahih Bukhari yang
telah dikumpulkan oleh murid
beliau yang bernama
Syekh Muhammad Yahya
Al-
Kandahlawi.
Di Lucknow, ahli Hadis berguru
dengan Syekh Abdul Hayy bin Abdul Halim Al- Laknawi (wafat
tahun 1304H). Beliau
selain mengajar,
juga banyak mengarang kitab.
Kitab karangannya lebih dari 110 buah. Di antaranya ada yang berbahasa Arab dan
ada yang berbahasa Urdu dan Persia. Kitab beliau ini telah
menjadi bahan rujukan
ulama' ahli Hadis,
sama ada di India
mahupun di luar
negeri. Di antara
karangan beliau yang
terkenal ialah "As- sia'yah Fi
Syarhil Wiqayah, Mishbahud-Duja, At-Ta'liqul
Mumajjad 'Ala Muwaththail Imam
Muhammad, Ar-Raf'u Wat
Takmil Fil JARHI
Wat Ta'dil, Imamul-Kalam Fima Yata'allaqu Bil
Qiraati Khalfal Imam, Al-Fawaidul bahiyyah Fi Tarajimil Hanafiyyah" dan
lain-lainnya.
Di Bhopal, ulama' Hadis berguru
dengan Sayyid Shiddiq Hasan Khan (wafat tahun
1317H). Beliau juga
merupakan salah seorang
ulama' India yang banyak
mengarang. Semua karangannya
telah mendapat sambutan
baik di kalangan ahli Hadis.
Kitab karangan beliau berjumlah 222 buah yang meliputi berbagai ilmu dan
perbahasan dan 56 buah di antaranya berbahasa Arab dan yang lainnya
dalam bahasa Urdu
dan Persia. Di
antara karangannya yang terkenal ialah
kitab "Nuzulul Abrar
Fi Syarhi Muntaqul
Akhbar" (yang merupakan ringkasan dari kitab
"Nailul Authar" karangan Imam Asy-Syaukani),
Al-Hiththah Bi
Dzikri Shihahis-Sittah, (kitab
yang membahaskan masalah- masalah sulit yang terdapat di dalam
Kutubus-Sittah), Miskul Khitam Fi Syarhi Bulughil Maram (dalam bahasa Persia),
Fathul Allam Fi Syarhi Bulughil Maram (dalam
bahasa Arab), 'Aunul
Bari Fi Halli
Adillatil Bukhari, (Syarah
Shahih Bukhari dalam empat
jilid besar), As-Sirajul
Wahhaj Min Kasyfi
Mathalibi Shahihi Muslim Ibnil Hajjaj (syarah Shahih Muslim),
Fathulbayan Fi Maqashidil Quran
(Tafsir Al- Quran
dalam sepuluh jilid
besar), Nailul Maram
Fi Tafsiri Ayatil Ahkam
(kitab yang khusus
mentafsirkan ayat-ayat hukum),
Abjadul- Uluum, AtTajul Mukallal,
Al Bughah Fi
Ushulil Lughah, Al
alamul Khaffaq Fi Limil Isytiqaq" dan
lain-lain.
Di Bihar,
para ahli Hadis berguru
dengan Syekh Syamsul-Haq
Ad-Diyanawi, murid terbesar Syekh
Sayyid Nazir Husen
Ad-Dahlawi. Beliau adalah pengarang kitab "At-Ta'liqul
Mughni Fi Syarhid Daraquthni" dalam dua jilid dan kitab "Ghayatul-Maqshud Fi
Syarhi Abi Daud"
yang kemudiannya disiapkan oleh muridnya
Syekh Asyraf Ad-Diyanawi
dan kitab itu
diberi nama "Aunul Ma'bud Fi Syarhi Abi Daud",
syarah kitab Abu Daud yang tidak asing lagi bagi setiap orang mendalami kitab
ini.
Setelah itu datang pula period
baru yang berpusat di pesantren Darul Uluum Deoband dan
pesantren Mazhahirul Uluum
Saharanpur dan di
beberapa tempat lain di Kota A'zamgarh.
Di Deoband, ilmu Hadis mulai
berkembang pesat sejak Syekh Rasyid Ahmad Al-Ghanghuhi datang
mengajar ke sana,
kemudia disambung oleh
Maulana Asaraf Ali Al-Tahanwi
(wafat tahun 1362H).
Beliau adalah murid
terbesar Syekh Rasyid Ahmad Al-Ghanghuhi dan yang mewarisi ilmunya.
Kitab beliau yang bernama "I'laus-Sunnan" dalam 18 jilid sudah cukup
menjadi saksi atas kedalaman ilmu beliau di bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Setelah
itu disambung pula oleh
Syekh Mahmudul Hasan
Ad-Deobandi (wafat tahun
1330H) yang lebih terkenal dengan
gelaran Syekhul Hind. Selain dari seorang ulama' ahli Hadis, beliau juga
seorang muhajid yang gigih berjuang untuk membebaskan India dari jajahan
Inggeris. Beberapa tahun lamanya beliau dibuang ke Pulau Andaman kerana
Inggeris mencurigai beliau membuat gerakan bawah tanah yang sangat membahayakan
imperialis Inggeris. Setelah itu datanglah giliran murid beliau yang bernama
Syekh Anwar Syah Al-Kashmiri, pengarang
kitab Faidhul Bari Ala Sahahihil Bukhari yang merupakan keterangan singkat dan padat
pada kitab Shahih Bukhari.
Di Saharanpur,
pengajaran ilmu Hadis mulai giat
sejak dari Maulana
Khalil Ahmad As-Saharanfuri (wafat
tahun 1346H) mulai
mengajar di madrasah Mazhahirul-Uluum Saharanpur. Beliau
adalah salah seorang di antara khalifah dan
pewaris ilmu Syekh
Rashid Ahmad Al-Ghanghuhi
dan beliau adalah pengarang kitab "Bazlul Majhud Fi
Halli Abi Daud" dalam 20 jilid besar yang merupakan syarah yang terlengkap
kepada kitab Hadis Abu Daud dan beliau juga
adalah pengarang kitab
"At-Ta'liqat", keterangan singkat
kepada kitab Shahih Bukhari.
Kemudian kedudukan Maulana Khalil
Ahmad As-Saharanfuri dalam mengajar ilmu
Hadis digantikan oleh
muridnya, Syekh Yahya
Al-Kandahlawi. Syekh Yahya kemudiannya digantikan oleh
anaknya yang bernama
Syekh Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi. Selain dari mengajar, Syekh
Zakaria juga banyak mengarang kitab. Kitab beliau yang terpenting ialah
"Aujazaul Masalik Ila
Muwathhai Malik" syarah
yang panjang lebar
pada kitab Muwattho' karangan Imam Malik. Kitab ini
terdiri dari enam jilid besar. Kitab lain ialah Kitab "Al
Lami'ud-Dari Fi Syarhil
Bukhari" dalam empat
jilid dan kitab
"Al- Abwab Wat Tarajim
Lil Bukhari" yang
menerangkan maksud Imam
Bukhari dalam mentabwibkan (membuat bab) dalam kitabnya.
Di kota A'zamgarh juga
banyak ulama' Hadis
yang lahir dan
mempunyai peranan penting dalam pengembangan ilmu Hadis di tanah India.
Di antara mereka yang terkenal ialah Syekh Abdul Rahman Al-Mubarakpuri,
pengarang kitab "Tuhfatul Ahwazi
Fi Syarhit Tirmizi"
dalam lima jilid
besar dan jilid pertama
khusus untuk Muqaddimah
yang menerangkan dasar-dasar
ilmu hadis yang amat penting diketahui oleh orang yang hendak
memperdalami ilmu Hadis, khususnya sunan Tirmizi. Dan Maulana Ubaidullah Abdur
Rahman, pengarang kitab "Al-Mir'at Fi
Syarhil Misykat" dalam
empat jilid besar
yang merupakan syarah yang
terlengkap dan paling
merangkumi permasalahan yang
berhubungan dengan kitab "Misykatul Mashabih".
Kita tidak
dapat melupakan peranan
Maulana Habibul Rahman
Al-A'zhami sebagai seorang pentashih,
pengulas dan penerbit
kitab "Al-Mushannaf", karangan
Imam Abdur Razzak Ash-Shan'ani seorang ulama' ahli Hadis yang berasal dari
Yaman, Kitab ini telah diterbitkan dalam enam belas jilid besar. Demikian juga
"Musnadul Humaidi" yang
juga ditashih dan
diterbitkan oleh Syekh Habibur
Rahman Al-A'zhami. Maulana
Habibur Rahman masih
hidup sehingga kini (1987) dan
beliau mengajar ilmu Hadis di
Madrasah Miftahul Uluum yang terdapat di daerah A'zamgrah.
Perhatian ulama' India di bidang
ilmu Hadis ini tetap berterusan sehingga hari ini dan masih terdapat banyak
lagi tokoh-tokoh generasi penerus yang hidup dan memikul
tugas ini. Mereka
tetap mempertahankan kedudukan
mereka dalam mencapai darjat yang tinggi di dalam bidang Hadis sejak
dari dua abad yang lalu.
Syekh Muhammad
Rasyid Ridha (wafat
1935H) seorang ulama'
besar dari Mesir telah
mengakui tentang keunggulan
ulama' India dalam
menduduki martabat tertinggi di bidang ilmu Hadis. Beliau menyatakan: "Kalau
bukan kerana usaha
ulama' India untuk
mendalami ilmu Hadis
di akhir-akhir ini, ia tentu telah hilang dan lenyap dari dunia Islam.
Ilmu Hadis telah lemah dan
tidak mendapat perhatian
dari ulama' Mesir,
Syam (Palestine, Jordan dan
Syria) dan Hijaz
(Mekah dan Madinah)
sejak daripermulaan abad
kesepuluh hingga kini.
KARYA-KARYA TAMBAHAN
Selain dari apa yang disebutkan
sebelum ini, ulama' ahli Hadis dari India juga
mempunyai karangan yang
lain-lain, di antaranya ialah:
1. "Masyariqui-Anwar", karangan Syekh Hasan bin Muhammad Ash- Shaghani At-Lahori. Ia merupakan Kitab Hadis yang mengumpulkan hadis-hadis yang terdapat dalam Kutubus-Sittah.
2. "Kanzul' Ummal
fi Sunanil Aqwal
Wal Af'al", karangan
Syekh Alauddin Ali bin Hishamuddin Al-Muttaqi (wafat tahun 973H). Kitab ini
sangat penting kepada orang yang hendak mendalami ilmu Hadis kerana di
dalamnya dihimpunkan hadis-hadis
yang bertebaran di sana-sini dalam kitab-kitab hadis yang
besar.
3. "Al'Urwatul Wustqa
Limuttabi'I Sunnati Sayyidil
Wara", karangan Syekh Abdullah
Ash-Shiddiqi Al-Alahabadi. Kitab
ini disusun mengikut susunan
kitab-kitab Fiqh.
4. "Khairul Mawa'izh",
karangan Syekh Abur-Raja Muhammad Zaman Asy-Syah Jahanpuri,
sebuah kitab Hadis
yang disusun mengikut susunan kitab Raiyadhus Shalihin,
karangan Imam Nawawi.
5. "Syarhul Muntaqa Libnul
Jaruud", karangan Mufti Shibghatullah bin Muhammad Ghaust Asy-Syafi'I
Al-Madrasi. "Sati'ul Anwar Min
Kalami Sayyidil Abrar",
Nashiruddin Al-Burhanpuri. karangan Syekh
6. "HIdayatul-Ghawi fil
Manhajis-Sawiyy Fith-Thibbin Nabawi", karangan Syekh Muhammad
Ghaust Al-Madrasi. Sebuah
kitab yang mengumpulkan
hadis-hadis yang berkenaan dengan perubatan.
7. "Sultanul Azkar", karangan Syekh Nurul Hasan bin Shiddiq Hassan Khan. Kitab ini merupakan ringkasan dari Kitab "Amalul Yaumi Wal Lailati", karangan Imam Ibnus-Sunni.
"Hadistul Arba'iin", karangan
Imam Waliyullah Ad-Dahlawi
telah menyebutkan 40 buah
hadis yang diriwayatkan
sampai kepada Rasulullah SAW
dengan perantaraan Saidina Ali bin Abi Thalin r.a.
8. "Tarjumanus-Sunnah",
karangan Syekh Badar Alam Al-Mirati dalam empat jilid besar.
9 "Astaarus Sunan",
karangan Syekh Zhahir Ahsan An-Nimawi. Kitab yang menyebut
hadis-hadis yang dijadikan
hujah dalam mazhab Hanafi dan kitab ini merupakan suatu
pendekatan antara mazhab Hanafi
dengan Al-Hadis pada
beberapa masalah yang
dikatakan bahawa mazhab Hanafi bertentangan dengan hadis.
10 . "Syarhut-Thahawi",
Karangan Syekh Muhammad Yusuf Al- Kandahlawi.
11. "At-Ta'liqus Shabih Ala Misykatil-Mashabih", karangan Syekh Muhammad Idris Al-Kandahlawi. Satu syarahan kepada kitab "Misykat".
12. "Al-Mushaffa",
karangan Syekh Ya'qub Al-Bayani Al-Lahori.
13. "Al-Muhalla",
karangan Syekh Salamullah Ad-Dahlawi.
14. "Al-Mussawa",
karangan Syekh Waliyullah Ad-Dahlawi.
15. "Al-Mushaffa", karangan
Syekh Waliyullah Ad-Dahlawi
(dalam bahasa Persia).
SYARAH-SYARAH KITAB SHAHIH BUKHARI:
1."Hidayatus Salik",
karangan Imam Mufti Shibghatullah Al-Madrasi.
2. " Faidhul Bari",
karangan Sayyid Abdul Awwal Al-Hussaini.
3. "Al-Khairul Jari",
karangan Syekh Ya'qub Al-Bayani Al-Lahori.
4. "Anwarul Bari',
karangan Syekh Sayyed
Ahmad Ridha Al-Bajnuri (dalam bahasa Urdu).
SYARAH-SYARAH SHAHIH MUSLIM:
1."Al-Mu'allim",
karangan Syekh Ya'qub Al-Bayani Al-Lahori.
2. “Al-Matharus-Tsajjaj Fi Syarhi
Muslim Ibnil Hajjaj", karangan Syekh Waliyullah Ahmad Al-Muttaqi
Al-Farrukhabadi.
3. "Fathul Mulhim",
karangan Syekh Syabbir Ahmad Al-Ustnabu,
SYARAH SUNAN ABU DAUD:
1. "At-Ta'liqul Mahmud", karangan
Syekh Fakhrul Hasan Al-Ghanghuhi.
SYARAH TIRMIDZI:
1. "Ja-izatusy Sya'wazi", karangan
Syekh Wahiduzzaman Al-Laknawi.
2. "Ath-Thibusy-Syaziyy", karangan
Syekh Isyfaqur-Rahman Al-Kandahlawi.
SYARAH SUNAN NASAI:
1. "Ar-Raudhur-Raba Fi
Syarhi Sunanil Mujtaba" (Sunan
Nasai),
karangan Syekh Wahiduzzaman
Al-Laknawi.
SYARAH SUNAN IBNU MAJAH :
1. "Raf'ul Ujajah", karangan Syekh
Wahiduzzaman Al-Laknawi.
DALAM ILMU USHUL HADIS DAN
ASMAUL-RIJAL:
1. "Syarhu
Nukhbatil Fakir," karangan
Syekh Wahiduddin Al-Alawi
Al-Ghujarati.
2. "Im'anun Nazhar
Fi Syarhi Nukhbatif
Fikar", karangan Syekh
Muhammad Akram As-Sindi.3.
"Bughyatul Gharib Fi
Mushthalahi Astaril Habib",
karangan Sayyid Murtadha
Al-Husaini Al-Bilkarami.
4. "Al
'Ujalatun Nafi'ah" (dalam
bahasa Persia), karangan
Syekh Syah Abdul Aziz bin
Waliyullah Ad-Dahlawi.
5. "Manhajul Wushul
ila Ishthilahi Ahadistir-Rasul", (dalam
bahasa Persia), karangan Sayyid Shiddiq Hasan Khan.
6. "Al-Asmaul Musaddad
Fi Ruwati Muwaththail
Imam Muhammad", karangan
Syekh Muhammad Idris An-Nakarami.
7. "al-Hawi Ala Rijalit Thahawi,"
karangan Maulanan Habibur-Rahman Al-A'zhami.
8. "Al-Yani'ul Jani
Fi Asanidis Syekh
Abdul Ghani", karangan
Syekh Muhsin Yahya At-Turahati.
Dikutip dari buku :
SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI INDIA
K.H. AHMAD FAHMI ZAMZAM, MA (ABU ALI AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI) DITERBITKAN OLEH BA'ALAWI KUALA LUMPUR 1 ZULKAEDAH 1431-H |
0 komentar:
Posting Komentar
WHAT IS YOUR OPINION?