DIMANAKAH MAULANA ZAKARIYYA RAH.A.DI MAKAMKAN ?

    Hadith dari Aisyah ra.berkata: “Adalah Nabi saw. pada tiap malam gilirannya bersamaku, Baginda keluar pada tengah malam kekuburan Baqi’ lalu berkata: “Assalamualaikum penghuni perkampungan Islam, nanti pada waktu yang telah ditentukan kamu akan menemui apa yang dijanjikan. Dan insya Allah kami akan menyusulmu dibelakang. Ya Allah berilah ampunan bagi ahli kubur Baqi’ yang berbahagia ini”. (HR. Muslim).

    Pada malam giliran Baginda bersama Aisyah r.a., Baginda akan keluar pada waktu tengah malam untuk ke kubur Baqi. Giliran Baginda bersama Aisyah menjadi dua malam kerana Saudah r.a. telah menyerahkan gilirannya kepada Aisyah.

   Rasulullah s.a.w. telah mengahwini Saudah r.anha setelah kematian Khadijah r.anha. Saudah r.a. berumur 52 tahun ketika Rasulullah s.a.w. mengahwininya. Pada suatu ketika Saudah bimbang .Rasulullah s.a.w. menceraikannya lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, tidaklah saya termasuk di kalangan isteri-isteri tuan di dalam Syurga nanti. Oleh sebab itu, janganlah ceraikan saya. Saya serahkan giliran saya pada ‘Aisyah r.anha.” Rasulullah s.a.w. telah menerima permintaan itu. Oleh sebab itu, hari giliran beliau telah diberikan kepada ‘Aisyah r.anha.

    Di dalam hadith disebut bahawa  orang yang ditanam di kubur Baqi’ mendapat keamanan daripada azab kubur. Maulana Zakariya yang mengasaskan gerakan tabligh juga telah dikebumikan di kubur Baqi’, bersebelahan kubur Imam Malik dan beliau juga telah mensyarahkan kitab Muwatto Imam Malik

Wafatnya seorang alim besar.

Maulana Zakaria rah  selalu berharap untuk bertemu dengan Allah Swt sementara beliau tinggal di bandar Rasulullah Saw iaitu madinatul-Munawarah, akhirnya Allah Swt mengabulkan keinginan dan impian beliau, beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sana pada hari Isnin,1 Syaban 1402 bersamaan  24 Mei 1982 M dan di kebumikan di Perkuburan Baqi dalam kalangan para Sahabat Baginda Saw dan ahli keluarga Baginda Saw.

Majlis pengebumiannya diikuti oleh sejumlah besar orang dan jenazah beliau telah diimamkan oleh Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi,iaitu Syeikh Ibn Baaz rah,beliau juga dikebumikan disebelah pusara gurunya iaitu Maulana Khalil Ahmad Shaharapuri rah.

Kira-kira ada10 ribu sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi’  (Imam Malik)



Bisakah anda menemukan dimana letak Kuburan Pengarang kitab Fadhilah 'Amal, Maulana Zakariyya rah.a. ?

https://mohdshahrizanmohdsaad.wordpress.com/2010/11/12/perkuburan-baqi-madinah/

https://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/02/22/perkuburan-baqi/

http://wirapendang.blogspot.co.id/2011/11/mimpi-maulana-zakaria-rah.html?m=1w
Share on Google Plus

About Rizal Palangiran

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Posting Komentar

WHAT IS YOUR OPINION?